Monday, August 5, 2013

Syawal Kian Menjelma

Pejam celik, pejam celik dah sampai akhir ramadhan bagi tahun 2013. Bagi aku tahun ni banyak menguji kesabaran aku sebagai seorang ibu, wanita dan seorang anak. Mana tak nye dengan dalam bulan puasa ni lah aku krisis dengan suami ku (syukur alhamdulillah semuanya dah kembali seperti biasa), belanja/persiapan untuk raya bakal menjelma...
Kadang-kadang aku pun tak tau apa yang sebenarnya ada dalam fikiran seorang lelaki yang bergelar suami. Bila kite bersuara dan  tak puas hati bagi diri mereka seolah-olah ego mereka dicarik-carik! Nak kata budak2 dah tua kan dah ada anak kugak tapi perangai kalahkan orang bujang terantantang gitu...
Bagi aku raya tahun ni ala kadar sahaja cuma aku lebihkan pada anak aku Ayra Sazzana satu-satunya Princess Hatiku...

Tuesday, June 25, 2013

Jalaluddin Hassan @ Skrine



Salam Selasa, 

Haaaaa Jalaluddin Hassan datang Skrine. Macam tak cayo jer teman. Mana tak nyer Anis yang dapat story dulu ni.... Siap suruh Anis forward gambar Kak Zam lagi... Lepas jer dapat gambar Kak Zam apa lagi terus called lah kan... Actually yang kena attend dia ialah Fida tapi Fida tak nak jumpa dia coz katanya "geli" bila mana dalam phone Jalaluddin Hassan membahasakan diri nya "Abang"...  


Thursday, June 13, 2013

Assalammamualaikum dan salam jumaat,

Last day bekerja setelah 5 hari berkerja... Yesssss boleh rest kat rumah dan kemas apa yang patut. Alhamdulillah jugak mak dah sihat dari demam, batuk & selesama. Syukur pada mu YA ALLAH.

Bosannya melanda diriku... Benda yang sama buat dari tahun 1998 sehingga 2013. Kira lah berapa lama aku dalam Legal Line ni... Nak cari kerja lain nak "Certificate" lah pulak.. Sijil SPM ada lah tinggi dari tu tak der lah... Kadang-kadang aku rasa sesetengah company yang pentingkan "Certificate" ni macam poyo jer. Ye lah lets said kalau ambik yang ada  "Certificate" tapi tak tau buat kerja buat wasting time jer. Baik ambik yang ada experience lagi banyak faedah. Tak payah nak diajar lagi. Macam lah kiter ni bodoh piak sangat kan... Aku dah fed up dengan legal line ni. Bila mintak kerja luar dari legal line dia orang request for 
"Certificate". Bagi aku mana-mana company yang ambik aku tuk berkerja mereka tak akan regret lah. Memang aku confident tu. Bukan lah nak bangga sangat dengan diri ini. Tapi yang hakikinya itu yang sebenarnya.... 

Wednesday, June 12, 2013

Kini aku Kembali

Assalammualaikum, 

Dah lama sangat aku tak post kat blog aku ni. Dah macam-macam perkara jadi kat aku dan family aku. Paling yang tak dapat aku lupa kan ialah pemergian abang ipar aku SUHAIMI BIN BAKRI. Tertiba sebak pulak teringatkan arwah abang iparku yang telah pergi pada 31.8.2012. Mana tak nyer lepas arwah ayah meninggal pada 27.7.2006 arwah abang iparku yang telah "mengambil alih" menjaga family kami. Arwah ni seorang bekas askar memang tegas dengan anak-anak. Disebabkan ketegasan arwah abang iparku, anak-anak buahku yak ni anak kakak aku, PUAN ZARINA BINTI MOHAMAD ZAINI belajar erti susah dan senang dalam hidup. Aku memang tabik spring dengan kakak aku. Sepanjang arwah suaminya di hospital dia sentiasa berada bersama-sama arwah. Susah senang hidupnya bersama arwah suaminya hanya Allah sahaja yang tahu. Lepas satu perkara satu lagi perkara jadi kat aku lak. Mak mertua kau lak masuk hospital sebak semput. Sampai satu stage dah kritikal keadaan mak mentua aku. alhamdulillah mak mentua aku dah makin pulih sekarang ni..

Actually aku dah blah dari Messrs Skrine last year and may last day at Skrine is 14.5.2012. After that aku kerja dengan Anis kat Messrs Lee Hishammuddin Allen & Gledhill "LH" start pada 15.5.2012 and ended pada 31.10.2012. Aku start kerja kat Messrs Ranjit Ooi & Robert Low "RORL" pada 1.11.2012 sehingga 8.3.2013. Then I'm back to Skrine requested by my ex-boss Mr. Lam Wai Loon. He is very nice boss tapi sayang bila masuk balik aku kerja untuk orang bukan untuk Mr. Lam. Aku berdoa agar dapat berkerja semula tuk Mr. Lam coz he is very good boss for me :) 

Masa aku kerja kat Messrs Lee Hishammuddin Allen & Gledhill aku kenal Kak Naza yang mana kak Naza pernah kerja kat Messrs Shahrizat & Tan dulu. Then aku kenal Ana same floor dengan aku. Then after that aku kenal yang lain atas perkenalan dengan Anis lah sapa lagi. Kat LH ni tak banyak lah benda yang nak aku katakan cuma environmentnya jer agak quite sangat yang mana memang aku tak boleh dengan keadaan macam tu. Ada colleague pun jenis yang berkira. Menyampah lah macam tu. Nasib ada Kak Naza yang sama floor dengan aku dengan dia jer lah aku berborak itu pun kadang-kadang jer. Coz lawyers kat situ tak suka tengok secretary berborak. Then end of LH. 

After that aku kerja kat RORL atas recommend kawan aku Diyana. Kat sini macam-macam jadik hanya Anis jer yang tahu apa jadi kat aku masa aku kerja kat sini. Sepanjang aku kerja kat sini memamg tak best langsung cuma gaji nyer yang best. Laywer HL tu macam s_ _ _. Depan kite baik belakang kite macam gampang nasib aku tak mengandung kalau tak confirm dan confident nyer anak aku muka dia kan.... Selisih malaikat 44. Masa aku kat RORL aku ada try apply kat Skrine balik tapi reject by HR without any notice. Then after one months Mr. Lam sms me asked me whether I'm interested to joint back Skrine. Bagi aku lah kalau orang lain tanya mungkin aku akan fikir dulu. Ni boss favourite aku memang terus aku cakap yesssss... Start kerja pada 11.3.2013 first day masuk tu memang kena smash jer lah kan. Aku buat bodoh jerk.. Nak cari rezeki kan tahan jerk lah... 

Semlm genap 3 bulan confirmed, sudah.....Alhamdullillah syukur pada mu Ya Allah!


Monday, September 19, 2011

Manusia Oh Manusia

Assalammualaikum... Lama jugak aku tak tulis blog aku ni... ye lah cikgu yang ajar aku pasal blog dah tak lagi jadi rakan pejabat ku kan... tu yg lazy sikit tu hehehe... Aku bukan nyer apa... Pelik tengok gelagat manusia kat dunia ni especially kat tempat kerja aku lah mana lagi coz kat situ lah aku menghabiskan masa mencari rezeki... Aku bukan nak jaga tepi kain orang atau pun nak jadi busy body... Masalah nyer sekarang ni...mereka-mereka itu cakap takbur macam lah dunia ni mereka yang punya... mengata orang macam dia yang paling perfect kat muka bumi ALLAH ni... Al kisah ada seorang kakak yang kira ngam dengan aku lah.... Biasalah manusia kat dunia mana yang tak der masalah kan... So kakak nye ada lah masalah sikit... Mula-mula aku tak tau masalah dia aku buat dek jer buat apa aku sibuk-sibuk nak tanya masalah orang... Then last akak tu sendiri yang citer aku "ternganga" jugak lah dengar problem dia... Sebagai adik aku just boleh cakap dengan dia sabar banyak-banyak jer tu jer yang aku mampu... Then secara tak sengaja kawan-kawan kat office pun tau jugak pasal akak ni... Yang aku kesal kan diaorang tak tau cerita sebenar then nak perli-perli akak tu pulak... ye lah kite bukan nyer akan senang sentiasa kan... ALLAH tu kan maha adil... DIA akan tarik kesenangan yang kite ada any time jer kan.... Renung-renung kan lah...

Thursday, September 8, 2011

Good bye Anis....


Hari ni 9.8.2011, tinggal 3 hari lagi Anis berkerja kat Skrine.. Opppssss sapa Anis? Anis merupakan officemate aku yang pada mulanya aku dengan dia cuma suam-suam kuku jer... Tapi disebabkan satu insiden aku mula rapat dengan dia... Kau orang nak tau macam mana aku boleh rapat dengan Anis... Citernye macam ni, seperti biasa aku kalau end of the months jer mesti gi BSN Pusat Bandar Damansara... Masa aku gi BSN aku ternampak Anis & Aini kat AmBank... So after aku settlekan urusan aku kat BSN aku call Aini tanya dia makan kat mana.. Then Aini cakap diorang makan kat Secret Recipe... So aku tanya boleh join ker then they all said ok jer... After that time aku dengan Anis rapat... dengan dia lah aku mula kenal apa itu IT... Dia lah yang banyak ajar aku dalam dunia IT ni... Bila Anis bagi tau aku dia tender aku happy tuk dia tapi dalam masa yang sama aku sedih gak lah. Hilang sorang lagi kawan aku ... Hopefully this Friday aku tak sedih sangat lah coz umah Anis dekat dengan rumah aku leh aku singgah or suruh dia datang umah aku ker kannnnn... To ANIS, YOU GO GIRL & GOOD LUCK TO YOU.....

Tuesday, September 6, 2011

Ingatkan dah settle ada lagik rupanyer...

Kau ni aku tak tau lah aku ingatkan before cuti Raya tu matter tu dah settlekan tapi bila aku masuk dari cuti Raya dengar2 kau complaint kat senior lak... Apa yang kau tak puas hati lagi pun aku tak tau. Aku dah cakap mulut dengan kau sorry, email sorry kat engkau pun tak effect apa2. Kau ni kan nak kata sekolah tinggi kat sampai UITM tak lah macam aku ni SPM jer.. Buat malu budak UITM jer lah kau ni tak reti adap nak aku ajar kan ker... PAda mulanyer kalau kau datang jumpa aku, kau mintak maaf kat aku before Raya tu rasa nyer aku akan maafkan kau lah kan... Tapi kau langsung tak jumpa aku lari dari aku lagi adalah... Tu yang buat aku lagi hinggin satu badan dengan kau... Tapi bagi aku... lantak lah dengan kau... Jangan sampai kau buat sesuatu yang akan bt aku melinting sudah lah... Setakat ni aku boleh sabar lagi pasal kau.. Ye lah aku pun ada fikiran yang waras lagi beb. Tau menilia mana yang buruk mana yang elok....